(sumber : treasury.gov.my)
Apakah tempoh minimum untuk pelawaan/notis sebut harga?
Tempoh minimum pelawaan sebut harga adalah sekurang-kurangnya tujuh (7) hari berturut-turut.
Berapakah bilangan minimum sebut harga yang perlu dipelawa?
Bagi urusan perolehan, sekurang-kurangnya lima (5) pembekal/kontraktor hendaklah dipelawa bagi setiap urusan sebut harga.
Bolehkah sebut harga yang diterima lewat dibuka/dipertimbangkan?
Sebut harga yang diterima lewat selepas tarikh dan waktu tutup tidak boleh diterima/dibuka atau dipertimbangkan. Petikan Arahan Perbendaharaan AP195 adalah seperti berikut: